Subjek LAN begitu banyak mendedahkan aku kepada perkara-perkara baru yang belum aku ketahui sebelum ini. Setelah beberapa lama aku mengikuti kelas LAN, aku begitu tertarik dengan isi kandungan dan juga penyampaian-penyampain yang diberikan. Sungguh berguna.
Teringat aku kembali bagaimana aku dan rakan-rakan begitu merungut kerana perlunya kami untuk mengambil subjek Lan bagi membolehkan kami mendapat ijazah kelak selepas graduate. Mana tidaknya merungut, hidup sebagai pelajar perubatan merupakan satu perkara yang sungguh menyeksakan. Masa merupakan satu perkara yang sungguh berharga. Dengan begitu banyak perkara yang perlu ditelaah ditambah pula dengan assignment-assignment yang menimbun, aku kira orang yang tidak mengambil perubatan sebagai bidang jurursan mereka adalah orang ang bernasib baik dan sungguh bertuah sekali. Susah. Itulah yang mampu untuk aku gambarkan keperitan yang dilalui dalam mengharungi program perubatan ini. Inikan pula ditambah lagi dengan satu lagi subjek iaitu Islamic studies.
Namun, aku bersyukur kerana Allah tidak membenarkan rayuan kami untuk dilepaskan dari mengambil subjek Islamic studies ditolak. Rupanya subjek islamic studies ini bukanlah seperti subjek pendidikan Islam sewaktu disekolah menengah dahulu. Melalui subjek LAN ini, aku kembali berfikir. Kerana banyak perkara yang aku belahjar sewaktu dikelas Islamic studies ini mengajak aku untuk berfikir. Barulah aku mengerti dan memahami akan erti syumul. Aku melihat bagaimana orang-orang barat dilatih dari kecil untuk berfikir secara kritis yang mana perkara ini membawa kepada kemajuan tamadun mereka. Melalui subjek Lan ini, aku dapat melihat bahawa Islam itu mengajar kamu untuk berfikir secara kritis. Barulah aku mengerti bagaimana Islam mencapai ketamadunan yang sangat tinggi dan mahsyur sewaktu dizaman Abbasiyyah. Ini kerana pengembangan ilmu yang berlaku pada masa itu adalah hasil daripada benih Islam yang membawa kepada kritikal thinking tokoh-tokoh cerdik pandai Islam pada masa itu.
Banyak perkara yang aku belajar sewaktu dikelas LAN. Aku memohon kehadrat Allah agar memberkati ilmu yang diberkan-NYa kepadku dan melimpahkan lagi rezeki ilmu-Nya kepada aku, agar mampu untuk menjadi hamba-Nya yang berfikir. InsyaAllah.
*akan aku berkongsi pengalamanku dengan kalian.